Pages

Monday 9 May 2011

Remaja Johor dipuji


REMAJA di negeri Johor mempamer semangat kesukanan tinggi apabila sekali lagi menjadi negeri yang memberi sambutan paling hangat di Karnival Futsal Harian Metro 2011 Zon Selatan yang dibawakan Kumpulan AmBank yang memasuki siri ketiga tahun ini.



Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail berkata, warga Johor sentiasa tidak melepaskan peluang untuk membabitkan diri dalam aktiviti kesukanan dan riadah baik yang dianjurkan Harian Metro ataupun mana-mana penganjur.


“Syabas kepada remaja di negeri Johor kerana sentiasa menyokong kami. Malah saya amat gembira dengan sambutan di sini yang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk menyertai karnival futsal yang memasuki tahun keenam,” kata Ghafar.


“Nampaknya matlamat kami (Harian Metro) menganjurkan sukan ini tercapai. Kami mahu lebih ramai masyarakat membudayakan sukan kerana mampu melahirkan generasi muda yang sihat.” Sejumlah 372 pasukan mengambil bahagian di Zon Selatan yang berlangsung di Millennium Sport Centre, Skudai dengan 252 pasukan bertanding dalam Terbuka Lelaki, 95 Bawah 17 Lelaki dan 25 Terbuka Wanita.


“Saya puas hati dengan bilangan penyertaan dan ia membuatkan kami di Harian Metro mahu memperbanyakkan aktiviti di negeri ini.

“Saya dapati kini banyak penampilan pasukan baru dan lebih berani mengambil bahagian biarpun sedar Karnival Futsal Harian Metro yang kita anjurkan kompetitif.
“Perkembangan ini secara langsung membuka peluang buat pengusaha-pengusaha gelanggang futsal yang kini dapat kita lihat lebih banyak tumbuh di negeri-negeri yang pernah kita anjurkan, sekali gus memudahkan masyarakat untuk menjadikan futsal sebagai aktiviti riadah.”

Hakcipta Terpelihara Harian Metro © 2011

P/S: Saja nak post entry ni...sb team kiterorg salah satu dr pasukan yang join....  =)  Bukti kat bawah ni...



Klik gambar.

No comments:

Post a Comment